Pelan Pemasaran HyproBulkSMS

HyproBulkSMS di Selamat Pagi Malaysia 03 Feb 2010

Hyprobulksms- TURUT SAMA MENAJA Misi D'Everest-Tibet 2011

Monday, May 24, 2010

Tips Motivasi Bersama Sahabat-Sahabat Industri Jutawan

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.




Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi !!!

Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

Tips tribute to Dr Irfan Khairi, Jutawan Internet Malaysia

ps: jangan melengahkan masa untuk mendaftar bersama kami Team Industri Jutawan. Dan kepada sahabat-sahabat Industri Jutawan sila kongsikan bersama tips-tips yang bermanfaat untuk renungan semua . Gunakan Internet untuk menjimatkan masa menjalankan perniagaan

4 comments:

  1. Untuk sentiasa 'PANASSSS' dalam bisnes ni, kene la selalu duduk dalam suasana 'PANASSS' gitu eheheh :)

    contoh mudah, nak belajar kne g Universiti sbb situ ada suasana belajar, klu sakit g hospital sbb situ ada suasana org2 dalam kesembuhan :)

    DAN untuk sentiasa 'BOOST MOMENTUM BIZ' ni kena la selalu attend ROH, kursus-kursus anjuran HQ, SGM , bisnes-bisnes Preview, akses blog team, group team di Facebook dan gathering Team Teritory ...duduk bersama selalu dengan team utk caj momentum positif dan kurangkan berada di kalangan 'NEGATIVA person' hehe.. nanti caj-caj negatif dia melekat beb.. susah masa depan huhu :)

    ReplyDelete
  2. Owh ya satu lagi jgn lupa beli majalah-majalah edisi 'JUTAWAN' di pasaran dan buku-buku ilmiah kejayaan yang lain .. hidupkan amalan membaca dan menambah ilmu ANDA .. dan lihat MOMENTUM nya nanti... pasti 'PANASSSS' .....setiap hari !!! :)

    ReplyDelete
  3. Owh resepi RAHSIA buku ilmiah saya, ajam serizawa? tp jgn bgtau org lain ye ..saya suka baca mende2 cmni meningkatkan motivasi harian saya ahaks !!! :P

    ni resepi RAHSIA saya, shhhhhhh... :-

    http://www.onemanga.com/

    bakuman , onepiece, hunter x hunter, naruto shipudden dan bleach :)

    ReplyDelete
  4. THANKS AJAM!

    Great leader skill!

    ReplyDelete